ABSS Accounting

ABSS Accounting

Versi ini TIDAK sesuai untuk keperluan e-Invois.

ABSS Accounting merupakan sistem pengguna tunggal, bersepadu sepenuhnya, perakaunan masa nyata dan pengurusan perniagaan.

ABSS Accounting sesuai untuk perniagaan kecil atau perniagaan yang dikendalikan oleh pemilik yang hanya memerlukan seorang individu untuk menguruskan urus niaga harian.

abss accounting

Versi terkini: 30.1

Harga: RM2,299.00

Versi 30.1 termasuk kenaikan kadar Cukai Perkhidmatan dari 6% ke 8% yang berkuat kuasa mulai 1 Mac 2024.

Ciri-Ciri ABSS Accounting:

  • Accounts – Akaun (Lejar Am)
  • Banking – Perbankan (Bank/Buku Tunai)
  • Sales – Jualan (Invois/Akaun Penghutang)
  • Purchases – Pembelian (Pesanan Pembelian/Akaun Pemiutang)
  • Inventory – Inventori (Stok)
  • Card File – Fail Kad (Pengurusan Kontak)
  • Pengurusan Cukai Jualan & Perkhidmatan (Malaysia)

Keperluan sistem:

Keperluan perkakasan minimum

  • Intel core 2 Duo @ 1GHz (atau lebih)
  • 4GB RAM atau lebih
  • Minimum 2GB ruang kosong cakera keras untuk pemasangan program
  • Monitor dengan resolusi skrin 1024 X 768, warna 32-bit

Sistem Operasi/Perisian

  • Windows® 10 atau 11 Pro
  • Microsoft Office 2010 hingga 2019, 32-bit
  • Word untuk keserasian OfficeLink
  • Excel untuk keserasian OfficeLink
  • Outlook untuk ciri-ciri berkaitan e-mel

Sambungan internet

Sambungan internet diperlukan untuk pemprosesan pendaftaran perisian dan pengaktifan permulaan serta pengesahan berkala bagi fail data.

Apakah yang boleh anda lakukan dengan ABSS Accounting?

Terdapat pelbagai ciri-ciri dalam ABSS Accounting. Berikut adalah beberapa fungsi yang sering digunakan.

Akaun

  • Menambah atau mengubah suai carta bagi akaun anda
  • Merekodkan catatan jurnal akhir bulan atau akhir tahun

Perbankan

  • Merekodkan pembayaran perbelanjaan
  • Mencetak baucar bayaran
  • Mencetak makluman kiriman wang
  • Menyelaraskan akaun bank

Jualan

  • Menghasilkan sebut harga untuk pelanggan
  • Mengeluarkan invois jualan kepada pelanggan
  • Mencetak invois untuk dihantar kepada pelanggan
  • Menerima bayaran daripada pelanggan dan menolaknya daripada invois tertunggak
  • Mencetak resit
  • Mencetak penyata akaun untuk dihantar kepada pelanggan
  • Mencetak senarai pengusiaan penghutang

Pembelian

  • Mengeluarkan pesanan pembelian kepada para pembekal
  • Merekodkan invois pembekal
  • Merekodkan pembayaran kepada para pembekal dan menolaknya daripada invois pembekal
  • Mencetak baucar pembayaran dengan butiran invois yang telah dibayar
  • Mencetak makluman kiriman wang untuk dihantar kepada pembekal

Inventori

  • Menambah inventori apabila berlaku pembelian
  • Menolak inventori apabila berlaku penjualan
  • Mengira kos jualan secara automatik
  • Membina inventori (menghimpunkan inventori)

Laporan

  • Imbangan duga
  • Lejar am
  • Penyata imbangan
  • Penyata pendapatan
  • SST02 – Cukai Jualan dan Perkhidmatan untuk diserahkan kepada Kastam
  • Lebih 160 laporan dan carta fleksibel

Dan banyak lagi!

Apakah yang terkandung di dalam pembelian?

  • CD dengan pemasang program (jika anda tidak mempunyai pemacu CD/DVD, kami juga akan membekalkan pautan muat turun)
  • Panduan pengguna yang komprehensif dalam format PDF
  • Hasilkan dan simpan akaun sehingga 5 syarikat (jika terdapat keperluan, boleh ditambah)
  • Sokongan pengenalan selama 30 hari (anda boleh melanjutkan sokongan jika perlu)

ABSS Premier

error: Content is protected !!