ABSS Premier

ABSS Premier

Versi ini TIDAK sesuai untuk keperluan e-Invois.

ABSS Premier terbina atas kesemua ciri-ciri yang terdapat dalam ABSS Accounting dan juga menyediakan:

  • pengurusan berbilang pengguna,
  • perakaunan berbilang mata wang,
  • pengurusan inventori berbilang lokasi,
  • pengebilan masa, dan,
  • matriks harga jualan.

ABSS Premier direka untuk perniagaan yang perlu menyelaraskan prosedur perakaunan, memudahkan pengurusan inventori, mengebil masa atau meningkatkan produktiviti dengan keupayaan berbilang pengguna.

ABSS Premier

Versi terkini: 30.1

Harga:

1 pengguna: RM3,599.00
3 pengguna: RM4,799.00

Versi 30.1 termasuk kenaikan kadar Cukai Perkhidmatan dari 6% ke 8% yang berkuat kuasa mulai 1 Mac 2024.

Ciri-Ciri ABSS Premier:

  • Accounts – Akaun (Lejar Am)
  • Banking – Perbankan (Bank/Buku Tunai)
  • Sales – Jualan (Invois/Akaun Penghutang)
  • Purchases – Pembelian (Pesanan Belian/Akaun Pemiutang)
  • Perakaunan pelbagai mata wang
  • Inventory – Inventori (Stok)
  • Pengurusan inventori berbilang lokasi
  • Jalur harga berbilang peringkat (matriks harga dengan lima “quantity break” dan enam tahap harga).
  • Card File – Fail Kad (Pengurusan Kontak)
  • Pengurusan Cukai Jualan & Perkhidmatan (Malaysia)

Tunggal dan berbilang pengguna

ABSS Premier membolehkan berbilang pengguna mengakses maklumat perniagaan anda secara serentak.

Pada permulaannya, ABSS Premier dilengkapi dengan 1 atau 3 lesen pengguna.

Anda boleh menambah lebih banyak lesen pengguna bergantung kepada keperluan apabila perniagaan anda berkembang.

Keperluan sistem:

Keperluan perkakasan minimum

  • Intel core 2 Duo @ 1GHz (atau lebih)
  • 4GB RAM atau lebih
  • Minimum 2GB ruang kosong cakera keras untuk pemasangan program
  • Monitor dengan resolusi skrin 1024 X 768, warna 32-bit

Sistem Operasi/Perisian

  • Windows® 10 atau 11 Pro
  • Microsoft Office 2010 hingga 2019, 32-bit
  • Word untuk keserasian OfficeLink
  • Excel untuk keserasian OfficeLink
  • Outlook untuk ciri-ciri berkaitan e-mel

Sambungan internet

Sambungan internet diperlukan untuk pemprosesan pendaftaran perisian dan pengaktifan permulaan serta pengesahan berkala bagi fail data.

Rangkaian Komputer

ABSS Premier berbilang pengguna memerlukan persekitaran rangkaian komputer untuk tujuan perkongsian data.

Apakah yang boleh anda lakukan dengan ABSS Premier?

Premier menggabungkan semua ciri-ciri dalam ABSS Accounting, dan menyediakan fungsi-fungsi tambahan yang mantap untuk membantu anda mengurus perniagaan yang sedang berkembang dengan lebih baik.

Akaun

  • Menambah atau mengubah suai carta bagi akaun anda
  • Merekodkan catatan jurnal akhir bulan atau akhir tahun

Perbankan

  • Merekodkan pembayaran perbelanjaan
  • Mencetak baucar bayaran
  • Mencetak makluman kiriman wang
  • Menyelaraskan akaun bank

Jualan

  • Menghasilkan sebut harga untuk pelanggan
  • Mengeluarkan invois jualan kepada pelanggan
  • Menghasilkan sebut harga dan invois dalam sebarang mata wang asing seperti US$, Renminbi, Yen Jepun, dsb.
  • Mencetak invois untuk dihantar kepada pelanggan
  • Menerima bayaran daripada pelanggan dan menolaknya daripada invois tertunggak
  • Mencetak resit
  • Mencetak penyata akaun untuk dihantar kepada pelanggan
  • Mencetak senarai pengusiaan penghutang

Pembelian

  • Mengeluarkan pesanan pembelian kepada para pembekal
  • Merekodkan invois pembekal
  • Menghasilkan pesanan pembelian dan rekod invois pembekal dalam sebarang mata wang asing seperti US$, Renminbi, Yen Jepun, dsb.
  • Merekodkan pembayaran kepada para pembekal dan menolaknya daripada invois pembekal
  • Mencetak baucar pembayaran dengan butiran invois yang telah dibayar
  • Mencetak makluman kiriman wang untuk dihantar kepada pembekal

Inventori

  • Menambah inventori apabila berlaku pembelian
  • Menolak inventori apabila berlaku penjualan
  • Mengira kos jualan secara automatik
  • Membina inventori (menghimpunkan inventori)
  • Menguruskan inventori di lokasi yang berbeza (gudang utama, sub gudang atau gudang kecil, dll)

Laporan

  • Imbangan duga
  • Lejar am
  • Penyata imbangan
  • Penyata pendapatan
  • SST02 – Cukai Jualan dan Perkhidmatan untuk diserahkan kepada Kastam
  • Lebih 200 laporan dan carta yang fleksibel

Dan banyak lagi!

Apakah yang terkandung di dalam pembelian?

  • CD dengan pemasang program (jika anda tidak mempunyai pemacu CD/DVD, kami juga akan membekalkan pautan muat turun)
  • Panduan pengguna yang komprehensif dalam format PDF
  • Hasilkan dan simpan akaun sehingga 5 syarikat (jika terdapat keperluan, boleh ditambah)
  • Sokongan pengenalan selama 30 hari (anda boleh melanjutkan sokongan jika perlu)

ABSS Accounting

error: Content is protected !!